WALASUJI,lontaraBUGIS
Menurut Chambers dan Trudgill (1980), bahasa itu terdiri daripada sekumpulan dialek yang bersaling berkaitan antara satu sama lain. Bahasa Bugis juga dikenali sebagai bahasa Bugis, Basa Ugi atau Ugi. Bahasa ini adalah bahasa yang digunakan etnik Bugis di Sulawesi Selatan, Indonesia dan dijadikan bahasa rasmi di sana. Menurut Wikipedia Indonesia (Bugis Wikipedia, 2006), Bahasa ini tersebar meluas di sekitar Sulawesi Selatan dan sekitarnya iaitu Maros, Pangkep, Barru, Pinrang, Enrekang, Majene, Luwu, Bone, Sinjai, Bulukumba, dan Bantaeng. Penuturnya berjumlah 4 juta orang yang kebanyakannya terdapat di Sulawesi Selatan dan Malaysia iaitu di Selatan Negeri Johor. Menurut Dr Ir Rhiza S. Sadjad (2005), pensyarah falsafah Unversitas (universiti) Hasanuddin Makassar di Indonesia dalam program pascasarjana menyatakan bahawa bahasa Bugis bukan ciptaan atau buatan orang Bugis. Bahasa Bugis sebenarnya berasal dari rumpun Austronesia iaitu Melayu-Polinesia Barat. Masyarakat Bugis memiliki penulisan tradisional memakai aksara Lontara (Bugis wikipedia, 2006).
Contoh-contoh lontara dan aksara Bugis:


Tidak ada komentar:
Posting Komentar