Kamis, 23 Juli 2009

KONSEP WARNA DALAM BAHASA BUGIS 2

KONSEP WARNA.

Warna merupakan salah satu daripada kehidupan ini. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:1802), warna bermaksud kesan yang diterima oleh mata daripada cahaya yang dipantulkan oleh benda-benda yang dilihatnya. Menurut Ensiklopedia Malaysia (1996:416), mendefinisikan warna sebagai suatu sebutan umum bagi merangsang penglihatan untuk membezakan komposisi cahaya yang berbeza jarak gelombangnya. Warna dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu warna amaran, warna pelengkap, warna primer dan warna asas.

Warna amaran adalah untuk memberikan amaran, peringatan atau isyarat kepada sesuatu benda bahawa benda itu adalah berbahaya. Contohnya pada bahagian dorsal dan sisi ular yang berbisa atau warna pada serangga yang menyengat. Warna pelengkap pula adalah dua warna spektrum tulen yang menghasilkan warna putih apabila dicampurkannya contonnya pasangan warna merah dan biru hijau dan pasangan jingga dan biru. Warna primer pula adalah set warna terdiri daripada warna-warna merah, biru dan hijau dan dicampurkan pada kadar yang sesuai warna putih akan terhasil. Manakala warna asas pula adalah tiga jenis warna yang dicampurkan boleh mewujudkan warna lain. Contoh warna yang terhasil adalah jingga (kuning + merah ) dan hijau (kuning + biru).

Mengikut Ilmu Psikologi, warna merupakan satu bentuk atau lambang kepada sesuatu yang dilambangkan. Setiap warna mempunyai maksud tertentu berdasarkan kepada presepsi sesebuah masyarakat atau negara. Setiap bahasa menggunakan istilah dan makna warna yang berbeza. Begitu juga dengan penggunaan bahasa Bugis yang berbeza. Oleh itu satu kajian yang berkaitan dengan perbezaan ini harus dijalankan bagi mendapatkan malumat yang lebih terperinci.

Penggunaan aspek warna dalam bahasa Bugis menunjukkan perbezaan dari segi entimologi tetapi sama dari aspek maksudnya. Untuk memudahkan kajian, penyelidikan penggunaan bahasa Bugis dalam mengkaji aspek warna-warna asas untuk merangkumi semua warna perlu dilakukan.

BERIKUT ADALAH KAJIAN YANG DILAKUKAN:

3.1 MERAH

i) Bahasa Melayu Standard Bahasa Bugis

a) merah muda [ # mεrah mudз # ] macelak [ # mãcəla? # ]

b) merah jambu [ # mεrah jambu # ] merah jambu [ # mεrah jambu # ]

ii) Maksud Warna Merah dalam Perkataan Bugis.

→ Merah muda atau merah jambu dalam bahasa Bugis dipanggil macelak [mãcəla?]. Ia digunakan untuk menunjukkan warna keputih-putihan atau cair. Untuk membezakan antara merah muda dan merah gelap orang Bugis memanggil merah muda sebagai macelak dan merah tua sebagai macelak celak. Perkataan ganda celak menunjukkan pebezaannya. Merah tua atau merah gelap pula menunjukkan warna merah yang mempunyai warna kehitam-hitman. Manakala orang Bugis menamakan merah membara atau menyala sebagai macelak mebara bara yang menunjukkan maksud api yang membara dan marak. Contohnya semasa berlakunya kebakaran dan kemerahan yang pada muka yang menunjukkan kemarahan seseorang.

→ Dalam bahasa Bugis merah hati dan merah darah dipanggil macelak hati dan macelak darah. Perkataan hati dan darah yang sama ini jelas menunjukkan bahawa kedua-dua bahasa ini mempunyai persamaan bahasa dan pendapat yang menyatakan bahawa kedua-dua bahasa ini berasal dari rumpun yang sama. Macelak metuak untuk merah tua tetapi dalam bahasa Bugis merah tua juga dipanggil makerelah. Walaupun sama maksud tetapi penggunaannya adalah bebeza dimana makerelah adalah untuk warna yang lebih gelap berbanding dengan macelak metuak yang seakan-akan hitam keputihan.

→ Dalam bahasa Bugis, perkataan macelak juga membawa maksud yang tersembunyi iaitu rasa tidak puas hati atau ingin bergaduh contohnya dalam perkataan macelak matana atau bara bara rupana yang menimbulkan perasaan marah. Selain itu juga ia menunjukkan kesan luka parah akibat sesuatu kemalangan contohnya cebisan daging atau kulit yang bergeser atau luka. Dalam bahasa Bugis ia dipanggil macelak jukuknah.

iii) Penggunaan Warna Merah dalam Ayat:

Bahasa Melayu Standard

Rumah itu berwarna merah jambu setelah dicat.

[# rumãh itu bərwarnã mεrah jambu sətəlah dicat #]

Bahasa Bugis

Bola εro mərah jambu pura dicak.

[# bola εro mãcəla? jambu pura dica? # ]

iv) Contoh-Contoh Lain Warna Merah:

Bahasa Melayu Standard Bahasa Bugis

c) merah gelap [ # mεrah gεlap # ] makerelah [ # mãkərəlah # ]

d) merah menyala [ # mεrah menalз # ] macelak mebara bara [ # mãcəla? məbara bara #]

e) merah marak [ # mεrah mãra? # ] macelak mebara bara [ # mãcəla? məbara bara # ]

f) merah muka [ # mεrah mukз # ] macelak mebara bara [ # mãcəla? məbara bara # ]

g) merah hati [ # mεrah hati # ] macelak hati [ # mãcəla? hati # ]

h) merah darah [ # mεrah darah # ] macelak darah [ # mãcəla? darah # ]

3.2 KUNING

i) Bahasa Melayu Standard Bahasa Bugis

a) kuning gading [ # kuniŋ gadiŋ # ] unyik mololo [ # unyi? mololo # ]

b) kuning air [ # kuniŋ air # ] unyik lolo [ # unyi? lolo # ]

c) kuning kunyit[ # kuniŋ kunit # ] unyik kunyit [ # unyi? kunit # ]

ii) Maksud Warna Kuning dalam Bahasa Bugis.

Kuning gading atau kuning cair atau kuning muda adalah warna kuning yang mengalami keputih-putihan. Warna ini menyerupai warna gading atau seakan-akan putih. Dalam bahasa Bugis ia dinamakan sebagai unyik mololo atau unyik lolo. Kuning kunyit adalah warna kuning yang menyerupai kunyit dan dalam bahasa Bugis disebut sebagai unyik kunyit. Persamaan perkataan kunyit ini menunjukkan kedua-dua bahasa ini berasal dari rumpun yang sama. Bagi adat Bugis warna ini selalunya dikaitkan dengan warna nasi dihidangkan semasa upcara perkahwinan atau sesuatu keraian. Manakala kuning tua atau kuning gelap pula di panggil unyik metuak iaitu warna kuning yang menyerupai warna kehitam-hitaman.

→ Kuning telur yang seakan-akan berwarna oren kekuningan dalam bahasa Bugis disebut maridi. Maridi juga digunakan untuk kuning yang seakan-akan kemerah-merahan.

→ Orang Bugis dikatakan berkaitan dengan unsur-unsur pahlawan atau Kerajaan Melayu. Pengaruh Bugis juga diserap ke dalam kebudayaan Kesultanan Melayu. Ini dapat dilihat apabila warna kuning yang melambangkan keagungan bangsa Bugis telah menjadi warna diraja. Raja-raja Kesultanan Melayu dahulu kebanyakkannya berasal dari keturunan Bugis seperti negeri Johor dan Pahang. Oleh itu warna kuning menjadi warna kebanggaan dan melambangkan keperibadian orang Bugis. Penggunaan warna kuning dan pakaian juga adalah untuk melambangkan orang Bugis adalah orang bangsawan dan berketurunan diraja suatu masa dahulu.

iii) Penggunaan Warna Kuning dalam Ayat:

Bahasa Melayu Standard

Buah itu menguning seperti pinang yang masak ranum.

[ # buah itu məŋuniŋ səpərti pinaŋ jaŋ mãsa? ranom # ]

Bahasa Bugis

Buah εro maunyik tua matasek tongeng nih buah εro

[ # buah εro mãuni? tua mãtase? toŋeŋ nih buah εro # ]

iv) Contoh-Contoh Lain Warna Kuning:

Bahasa Melayu Standard Bahasa Bugis

d) kuning tua [ # kuniŋ tuз # ] unyik metuak [ # unyi? mətua? # ]

e) kuning gelap [ # kuniŋ gəlap # ] unyik metuak [ # unyi? mətua? # ]

f) kuning langsat [ # kuniŋ laŋsat # ] unyik langsat [ # unyi? laŋsat # ]

g) kuning pinang [ # kuniŋ pinãŋ # ] unyik pinak [ # unyi? pinã? # ]

h) kuning telur [ # kuniŋ təlor # ] maridi [ # mãridi # ]

3.3 BIRU

i) Bahasa Melayu Standard Bahasa Bugis

a) biru laut [ # biru laut # ] magauk [ # mãgau? # ]

b) biru lebam [ # biru ləbam # ] mausuh [ # mãusuh # ]

c) biru gelap [ # biru gəlap # ] magauk lolo [ # mãgau? lolo # ]

d) biru nila [ # biru nilз # ] magauk [ # mãgau? # ]

ii) Maksud Warna Biru dalam Bahasa Bugis:

Dalam bahasa Bugis biru laut atau biru cair dinamakan sebagai magauk gauk. Magauk gauk adalah warna biru yang menyerupai warna laut atau keputih-putihan. Selain itu, biru nila dan biru langit juga menggunakan perkataan magauk gauk dalam menyatakan maksudnya. Dalam bahasa Bugis penggunaan perkataan magauk gauk atau biru yang seakan-akan cair ini berbeza dari segi ton warna pada sesuatu masa.

→ Manakala dalam bahasa Bugis, biru lebam dinamakan sebagai mausuh iaitu yang menunjukkan kesan lebam pada muka seseorang setelah ditumbuk atau dipukul. Biru tua atau biru gelap dinamakan sebagai magauk metuak. Metuak dalam bahasa Bugis membawa maksud warna tua yang seakan-akan hitam. Oleh itu, biru tua dinamakan magauk metuak. Warna biru ini adalah warna yang menyerupai warna kehitam-hitaman. Biru nila pula adalah warna biru yang menyerupai warna nila atau air yang jernih di lautan. Oleh itu, menurut masyarakat Bugis biru nila ini seakan-akan sama seperti biru laut yng kedua-duanya menunjukkan pada air. Nila adalah bahan kimia yang digunakan khas untuk pakaian. Warna nila biasanya berwarna biru tua keunguan

→ Selain magauk metuak dalam bahasa Bugis biru tua juga dipanggil magauk. Walaubagaimanapun magauk ini adalah pertengahan warna antara warna biru tua dengan warna biru muda. Dalam bahasa Bugis untuk membeza-bezakan perkataan biru muda dan biru tua (seakan-akan tua warnanya) adalah pengulangan perkataan gauk contohnya magauk (biru tua) dan magauk gauk (biru muda).

→ Orang Bugis juga menyatakan biru muda sebagai magauk mololo yang digunakan khas untuk warna biru yang seakan-akan putih. Manakala magauk gauk pula biru muda atau cair yang seakan-akan warna biru terang.

iii) Penggunaan Warna Biru dalam Ayat:

Bahasa Melayu Standard

Ibu menila baju yang kusam supaya kelihatan berwarna biru nila.

[ # ibu mənilз baju jaŋ kusam supayз kəlihatan berwarna biru nilз # ]

Bahasa Bugis

indok menila baju εro malusa nih tapana (kembali kepada warna biru atau sebelumnya)

[ # indo? mənila baju εro mãlusa nih tapanã # ]

iv) Contoh-Contoh Lain Warna Biru:

Bahasa Melayu Standard Bahasa Bugis

e) biru merak [ # biru məra? # ] magauk mərak [ # mãgau? məra? # ]

f) biru tua [ # biru tuз # ] magauk metuak[ # mãgau? metua? # ]

g) biru muda [ # biru mudз # ] magauk mololo [ # mãgau? mololo # ]

h) biru langit [ # biru laŋit # ] magauk gauk [ # mãgau? gau? # ]

3.4 HIJAU

i) Bahasa Melayu Standard Bahasa Bugis

a) hijau daun [ # hijau daun # ] udarak daung [ # udara? dauŋ # ]

b) hijau tua [ # hijau tuз # ] udarak metuak [ # udara? metua? # ]

c) hijau pucuk pisang [ # hijau pucu? pisaŋ # ] udarak mololo [ # udara? mololo # ]

ii) Maksud Warna Hijau dalam Bahasa Bugis:

→ Hijau bemban bermaksud hijau pekat yang gelap atau gelap seperti bemban. Dalam bahasa Bugis warna hijau yang gelap ini kebiasaanya dipanggil udarak metuak. Manakala hijau cair atau pucuk pisang pula biasanya dipanggil udarak mololo. Dalam penggunaan ayat dibawa perkataan napuji ditunjukkan sebagai selalu atau sentiasa, oleh itu ia menunjukkan kerap kali.

→ Orang Bugis kurang menggunakan perkataan hijau dalam kehidupan seharian mereka. Malah dalam pakaian, makanan atau seumpamanya kurang munggunakan perkataan hijau. Hijau hanya digunakan untuk menunjukkan sesuatu warna. Tiada maksud lain selain itu. Udarak pula khusus digunakan untuk warna hijau.

iii) Penggunaan Warna Hijau dalam Ayat:

Bahasa Melayu Standard

Adik selalu memakai baju yang berwarna hijau tua.

[ # adi? səlalu məmãkai baju jaŋ berwarnã hijau tuз # ]

Bahasa Bugis

Andik napuji baju kudarak tua (sentiasa)

[ # andi? nãpuji baju kudara? tua # ]

iv) Contoh-Contoh Lain Warna Hijau:

Bahasa Melayu Standard Bahasa Bugis

d) Hijau pandan [ # hijau pandan # ] udarak pandan [ # udara? pandan # ]

e) Hijau laut [ # hijau laut # ] udarak mololo [ # udara? mololo # ]

Tidak ada komentar: