Kamis, 23 Juli 2009

KONSEP WARNA DALAM BAHASA BUGIS

KONSEP WARNA DALAM BAHASA BUGIS

Menurut Darwis Harahap (1992), bahasa Melayu secara khusus ialah salah satu dialek daripada beratus dialek lain yang terdapat di Nusantara (Alam Melayu). Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sama ada di Indonesia, Malaysia mahupun di Brunei bukanlah dibuat secara sewenang-wenangnya. Ia dipilih berdasarkan kepada beberapa faktor terutama faktor sejarahnya, iaitu bahasa yang sudah dikenali dan digunakan sejak zaman-berzaman (Bugis wikipedia, 2006)

Melalui sejarah, penaklukan Belanda pada kurun ke-17 menyebabkan sebahagian daripada mereka berpindah dan kini telah bercampur dengan suku lain di Sumatera, Kalimantan, Jawa, Semenanjung Malaysia dan Sabah. Salah satu etnik daripada rumpun Melayu adalah etnik Bugis yang cukup terkenal dalam bidang maritim di Kepulauan Melayu dan dalam bidang ekonomi. Mereka juga terkenal sebagai pahlawan yang berani, lanun yang digeruni dan pedagang yang berjaya. Pusat tumpuan utama bagi kebudayaan dan ekonomi etnik ini adalah Ujung Pandang atau dikenali sebagai Makassar. Orang Bugis juga merupakan penganut agama Hindu sebelum kedatangan agama Islam di Alam Melayu.

Bugis memainkan peranan yang penting dalam sejarah di Tanah Melayu. Mereka terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam politik dan perbalahan negeri-negeri Melayu ketika itu, terutama sekali negeri Johor. Ianya bermula apabila Daeng Loklok ingin memerintah Johor tetapi tidak dipersetujui oleh pemerintah negeri Johor Riau Lingga ketika itu, iaitu Raja Kechil. Ini menyebabkan Daeng Loklok atau Bendahara Husain meminta bantuan Raja-Raja Bugis untuk menumpaskan Raja Kechil. Bermula dari sinilah campur tangan Bugis di Tanah Melayu. Malah, anak Daeng Chelak, Raja Lumu, dinobatkan sebagai Sultan Selangor pertama.

Untuk mengkaji bahasa Bugis dengan lebih terperinci, pengkaji telah membuat kajian terhadap En. Hussien bin Daud iaitu seorang penghulu di Kampung Belokok, Pontian, Johor dimana hampir semua penduduknya berbangsa Bugis dan bertutur dalam bahasa Bugis.

Tidak ada komentar: